Make your own free website on Tripod.com

Pentadbiran & Pengurusan Kolej Komuniti

Penubuhan Kolej Komuniti adalah bertujuan untuk menganjurkan dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan menengah, disamping menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan. Misi Kolej Komuniti adalah untuk mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecermelangan untuk lepasan menengah dan komuniti setempat melaluipendidikan dan latihan. Justeru itu adalah menjadi hasrat Koej Komuniti untuk menjadi institut kecermelangan yang menawarkan pendidikab dan latihan berkualiti serta dinamik untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan teknikal adalah bertanggungjawab untuk menyelaras pengurusan semua Koej komuniti di peringkat pusat. Kolej Komuniti Paya Besar ( KKPB ) adalah diantara 34 buah Kolej Komuniti yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan teknikal, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kolej komuniti Paya Besar adalah dibawah pentadbiran dan seorang Pengetua dengan dibantu oleh lima orang pegawai pegawai pengurusan yang terdiri daripada Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, Ketua Jabatan Industri Perkhidmatan Pendidikan Lanjutan dan Sepanjang Hayat, Pegawai Pengambilan, Pegawai Peperiksaan dan Pegawai Kaunseling dan 20 orang pensyarah. Sehingga akhir tahun 2003, KKPB mempunyai seramai enam orang kakitangan sokongan.

Senarai & Maklumat Staff.

KKPB mempunyai seramai 20 orang staff akademik dan enam orang staff bukan akademik. Staf akademik terdiri daripada pensyarah-pensyarah siswazah dan bukan siswazah dalam bidang teknologi maklumat, Multimedia Kreatif dan Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, KKPB juga mempunyai beberapa orang pensyarah sokongan subjek am, bagi memenuhi keperluan kursus yang ditawarkan. Staf buakn akademik terdiri daripada enam orang yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan diketuai oleh Pegawai Pembantu Tadbir