Make your own free website on Tripod.com

CARA MEMOHON

Permohonan bagi Kursus Sijil Kolej Komuniti boleh dilakukan dengan menggunakan borang permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti, mengikut prosedur yang terkandung di dalam BUKU MAKLUMAT KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk kursus Sijil Kolej Komuniti:-
1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.
2. Lulus PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) ATAU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (VOKASIONAL) SPMV

SISTEM PENGAMBILAN

Pengambilan pelajar akan diadakan dua (2) kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan bulan Disember.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh minimum pengajian bagi semua kursus sijil ialah dua tahun ( 4 semester ) dan tempoh maksimum ialah lima tahun ( 10 semester )

LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus latihan industri ( LI ) selama satu semester ( enam bulan ). LI dijalankan pada semester tiga bagi kursus peringkat sijil, bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan sebenar serta memberi peluang untuk menghubungkaitkan latihan dan teori.

SISTEM PENILAIAN

- Fleksibel
- Penilaian berterusan
- Komponen Praktikal
- Peperikasaan akhir
 

BAYARAN YANG DIKENAKAN

i.    Yuran Pengajian - RM 200.00 setiap semester ( dibayar semasa pendaftaran )

ii.    Bayaran Lain - Ditetapkan oleh Kolej Komuniti ( dianggarkan RM 250.00 )

ASRAMA

Kolej Komuniti Paya Besar tidak menyediakan asrama.

BANTUAN KEWANGAN

Pelajar boleh memohon bantuan kewangan daripada :
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Jabatan Pendidikan Awam
- Yayasan Negeri
- PTPTN
- Pihak Swasta

 

HANTARKAN PERTANYAAN ANDA DI BAWAH:

Nama:
E-mail:
Pertanyaan Anda :
HANTAR