Make your own free website on Tripod.com

Antara kursus yang ditawarkan oleh KKPB ialah:

 

Kursus Sijil Teknologi Maklumat ( Pembangunan Sistem )

Kursus Sijil Multimedia Kreatif ( Pengiklanan )

 

 

Kursus Sijil Teknologi Maklumat ( Pembangunan Sistem )

TEMPOH PENGAJIAN :


1. Kursus peringkat sijil adalah selama 2 tahun (4 semester).
2. Pelajar yang berkelayakan boleh menyambung pelajaran
ke peringkat diploma sama ada di Politeknik atau mana-
mana Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

 

 

Kursus ini merangkumi modul asas dalam bidang ICT seperti Komunikasi Data, Sistem Rangkaian, Sistem Pengoperasian, Bahasa Pengaturcaraan ( C/C+ + dan Visual Basic ), Pangkalan Data Internet, Multimedia dan Pembangunan Laman Web. Kursus ini juga mengandungi modul lain seperti Pemasangan Komputer dan Sistem Digital.

 

Selain dari itu, kursus ini menawarkan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Kurikulum kursus ini meliputi gabungan modul-modul dalam bidang sistem komputer, pembangunan perisian dan aplikasi.

 

Latihan yang disediakan akan menambah kemahiran teknikal pelajar dan disesuaikan mengikut perubahan teknologi dari masa ke semasa. Pengajaran dan pembelajaran dititikberatkan kepada kerja amali dan projek yang berkaitan ( Amali = 80%, teori = 20% ).

 

Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai;

 

Pembangunan Sistem ( Programmer )

 

Pembangun laman Web

 

Pembantu Juruanalisis Sistem

 

Penyenggara Sistem

 

Usahawan ICT

 

Kursus Sijil Multimedia Kreatif ( Pengiklanan )

 

TEMPOH PENGAJIAN :


1. Kursus peringkat sijil adalah selama 2 tahun (4 semester).
2. Pelajar yang berkelayakan boleh menyambung pelajaran
ke peringkat diploma sama ada di Politeknik atau mana-
mana Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Kursus ini merangkumi ilmu pengiklanan secara menyeluruh dengan mempelajari konsep asas pengiklanan hingga ke tahap aplikasi dan produksi untuk percetakan iklan media elektronik dan pengiklanan laman web. Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan percetakan / DTP ( majalah, pembungkusan, poster, kad dan risalah ), menyediakan iklan media elektronik, papan tanda dan multimedia.

 

Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai ;

 

Penolong / Pereka grafik di agensi / syarikat pengiklanan multimedia

 

Penolong / Pereka grafik di syarikat pengiklanan, pencetakan dan           penyiaran

 

Penolong / Pereka grafik di jabatan kerajaan

 

Penolong Pereka Set

 

Usahawan

Atas