Make your own free website on Tripod.com

Aktiviti Sepanjang Tahun

Aktiviti sepanjang tahun akan menerangkan tentang :

bulletUnit Hal-hal Pelajar
bulletUnit Bimbangan dan Kaunseling

Pada peringkat awal penubuhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah lebih tertumpu kepada proses sebutharga dan perolehan peralatan, bahan-bahan dan kemudahan. Kesemua kemudahan perlu disediakan sebelum pelajar mendaftar pada setiap pendaftaran bermula.

Urusan pendaftaran pelajar telah dijalankan oleh Unit Hal-Hal Pelajar. Perjalanan akademik dikawalselia oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran dengan dibantu oleh Ketua-ketua Unit. Pengkuliahan berjalan selama 15 minggu. Bagi modul Pembangunan Diri, amali telah dijalankan di Kem Tasik Biru, Chinchin, Melaka pada 17 hingga 19 Oktober 2003 dan diselaraskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Selain kursus sepenuh masa, KKPB juga pada masa yang sama menjalankan kursus jangka pendek yang diuruskan oleh Unit Kursus Jangka Pendek dan Program Pembangunan Staff.

Unit Hal-hal Pelajar

Unit Hal-hal pelajar diketuai oelh seorang Pegawai Pengambila Pelajar dan berfungsi untuk menyelaras proses kemasukan dan pendaftaran pelajar. Unit ini juga bertanggungjawab untuk menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar KKPB. Bagi melancarkan lagi pengurusan, unit ini dibahagikan kepada beberapa unit kecil yang setiap satu diketuai oleh seorang pensyarah. Unit-unit tersebut terdiri daripada Unit Pendaftaran dan Rekod Pelajar, Biasiswa, Kebajikan, Ko-Kurikulum, Majlis perwakilan Pelajar dan Disiplin

Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Unit bimbingan dan kaunseling KKPB adalah diketuai oleh Pegawai Kaunseling. Unit ini banyak membantu para pelajar KKPB dengan menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok, memberi panduan untuk persediaan menghadapi peperiksaan, membantu pelajar dalam proses perkembangan dan mendapat maklumat untuk pembangunan diri. Selain itu, Pegawai Kaunseling juga bertanggungjawab untuk menyelaras amali modul Pembangunan Diri

Amali modul Pembangunan Diri telah diadakan di Kem Tasik Biru Chinchin, Melaka pada 17 hingga 19 Oktober 2003. Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah memasang khemah, berkayak, absiling dan water confident